Home »
Website Terms of Use
Website Terms of Use
Selamat datang ke TigerAirways.com. TigerAirways.com dan rakan gabungannya menyediakan perkhidmatan kepada anda tertakluk pada syarat berikut. Jika anda mengunjungi atau membeli perkhidmatan TigerAirways.com, anda menerima syarat ini. Sila bacanya dengan teliti. Di samping itu, apabila anda menggunakan sebarang perkhidmatan TigerAirways.com sekarang atau pada masa hadapan (cth. Menukar Tempahan Anda) atau mengunjungi atau membeli daripada sebarang syarikat gabungan perniagaan dengan TigerAirways.com, tidak kira sama ada termasuk dalam laman web TigerAirways.com atau tidak, anda juga akan tertakluk pada garis panduan dan syarat yang berkuat kuasa bagi perkhidmatan atau perniagaan tersebut.
Privasi
Sila klik di
sini untuk membaca Privasi Polisi kami, yang juga mentadbir kunjungan anda ke www.tigerairways.com, untuk memahami amalan kami.
Kembali ke atas
Komunikasi Elektronik
Apabila anda mengunjungi www.tigerairways.com atau menghantar e-mel kepada kami, anda disifatkan sebagai berkomunikasi dengan kami secara elektronik. Anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada kami secara elektronik. Kami akan berkomunikasi dengan anda melalui e-mel atau dengan memaparkan maklumat dan notis pada laman ini. Anda bersetuju bahawa kesemua perjanjian, notis, pendedahan dan komunikasi lain yang kami sediakan kepada anda secara elektronik memenuhi sebarang keperluan undang-undang bahawa komunikasi hendaklah secara bertulis.
Kembali ke atas
Hak Cipta
Kesemua kandungan yang termasuk dalam laman ini, seperti teks, grafik, logo, butang, ikon, imej, klip audio, muat turun digital, pengumpulan data dan perisian, adalah hak milik Tiger Airways atau pembekal kandungannya dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Singapura dan antarabangsa. Pengumpulan kesemua kandungan pada laman ini adalah hak milik eksklusif Tiger Airways dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Singapura dan antarabangsa. Kesemua perisian yang digunakan pada laman ini adalah hak milik Tiger Airways atau pembekal perisiannya dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Singapura dan antarabangsa.
Kembali ke atas
Tanda Dagangan
TIGER AIRWAYS, TIGERAIRWAYS.COM, dan tanda lain yang diisyaratkan pada laman kami adalah tanda dagangan berdaftar bagi Tiger Airways , di Singapura dan negara lain. Grafik, logo, pengepala halaman, butang, ikon, skrip, dan nama perkhidmatan Tiger Airways adalah tanda dagangan atau pakaian dagangan Tiger Airways. Tanda dagangan dan pakaian dagangan TigerAirways.com tidak boleh digunakan berhubung sebarang produk atau perkhidmatan yang bukan Tiger Airways, dalam apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kekeliruan di kalangan para pelanggan, atau dalam apa-apa cara yang memperkecilkan atau mencemar nama baik Tiger Airways. Kesemua tanda dagangan lain yang tidak dimiliki oleh Tiger Airways atau subsidiarinya yang muncul pada laman ini adalah hak milik pemiliknya masing-masing, yang mungkin atau tidak merupakan rakan gabungan dengan, mempunyai hubungan dengan, atau ditaja oleh Tiger Airways.
Kembali ke atas
LESEN DAN AKSES KE LAMAN
Tiger Airways memberi anda lesen terhad untuk mengakses dan menggunakan laman ini secara peribadi dan bukan untuk memuat turun (selain daripada mengcache halaman) atau mengubah suainya, atau mana-mana bahagian daripadanya, kecuali dengan kebenaran bertulis secara jelas daripada Tiger Airways. Lesen ini tidak merangkumi sebarang jualan semula atau penggunaan komersil laman ini atau kandungannya; sebarang pengumpulan dan penggunaan senarai produk, huraian , atau harga; sebarang penggunaan terbitan daripada laman ini atau kandungannya; sebarang muat turun atau penyalinan maklumat akaun untuk manfaat saudagar lain, atau sebarang penggunaan perlombongan data, robot, atau alat pengumpulan dan pengekstrakan data yang hampir sama. Laman ini atau mana-mana bahagian daripadanya tidak boleh dihasilkan kembali, diduplikat, disalin, dijual, dijual semula, dikunjungi, atau sebaliknya dieksploitasi untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan bertulis secara jelas daripada Tiger Airways. Anda tidak boleh membingkai atau menggunakan teknik pembingkaian untuk memagari sebarang tanda dagangan, logo, atau lain-lain maklumat tuan punya (termasuk imej, teks, susun atur halaman, atau borang) bagi Tiger Airways dan gabungan kami tanpa persetujuan bertulis secara jelas. Anda tidak boleh menggunakan tag meta atau sebarang teks tersembunyi lain dengan menggunakan nama atau tanda dagangan Tiger Airways tanpa persetujuan bertulis secara jelas daripada Tiger Airways. Sebarang penggunaan yang tidak dibenarkan menamatkan kebenaran atau lesen yang diberi oleh Tiger Airways. Anda diberi hak yang terhad, tidak boleh dibatalkan dan tidak eksklusif untuk membuat pautan hiper ke laman web www.tigerairways.com asalkan pautan ini tidak menggambarkan Tiger Airways, gabungannya, atau produk mereka dalam keadaan yang palsu, mengelirukan, menghina, atau sebaliknya menjelikkan. Anda tidak boleh menggunakan sebarang logo atau grafik tuan punya atau tanda dagangan Tiger Airways sebagai sebahagian daripada pautan tanpa kebenaran bertulis secara jelas.
Kembali ke atas
Akaun Anda
Jika anda menggunakan laman ini, anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan akaun dan kata laluan anda dan untuk menyekat akses kepada komputer anda, dan anda bersetuju untuk menerima tanggungjawab bagi kesemua aktiviti yang berlaku di bawah akaun atau kata laluan anda. Tiger Airways menjual produk yang boleh dibeli dengan kad kredit. Jika anda berusia di bawah 18 tahun, anda boleh menggunakan Tiger Airways hanya dengan penglibatan ibu bapa atau penjaga anda. Tiger Airways dan gabungannya berhak untuk menafikan perkhidmatan, menamatkan akaun, mengeluarkan atau mengedit kandungan, atau membatalkan tempahan menurut budi bicara tunggal mereka.
Kembali ke atas
Ulasan, Komen, Komunikasi dan Kandungan Lain
Anda boleh menghantar komen; dan mengemukakan cadangan, idea, komen, soalan, atau maklumat lain, asalkan kandungannya tidak menyalahi undang-undang, lucah, mengancam, menfitnah, mengganggu privasi, melanggar hak milik harta intelektual, atau sebaliknya mencederakan bagi pihak ketiga atau membuat anda tidak disenangi dan tidak mengandungi virus perisian, kempen politik, permintaan komersil untuk melanggan, surat berantai, mel masa,atau sebarang bentuk 'spam'. Anda tidak boleh menggunakan alamat e-mel palsu, berlakon sebagai orang atau entiti lain, atau sebaliknya mengelirukan mengenai asal kad atau kandungan lain. Tiger Airways berhak (tetapi tidak berkewajipan) untuk mengeluarkan atau mengedit bahan seperti ini. Jika anda menyerahkan maklumat, dan kecuali anda mengisyaratkan sebaliknya, anda membenarkan Tiger Airways dan gabungannya hak tidak eksklusif, bebas royalti, berterusan, tidak boleh dibatalkan, dan disublesen sepenuhnya untuk mengguna, menghasilkan semula, mengubah suai, mengadaptasi, menerbit, menterjemah, membuat kerja terbitan daripadanya, mengedar dan memaparkan kandungan tersebut di seluruh dunia dalam apa-apa jenis media. Anda memberi Tiger Airways dan gabungannya dan pemegang sublesennya hak menggunakan nama yang anda serahkan berhubung kandungan tersebut, jika mereka memilih. Anda membuat representasi dan memberi waranti bahawa kandungan yang anda masukkan adalah tepat; bahawa penggunaan kandungan yang anda bekalkan tidak melanggar dasar ini dan tidak akan menyebabkan kecederaan keapda mana-mana individu atau entiti; dan anda akan melindungi Tiger Airways atau gabungannya untuk semua tuntutan yang terhasil daripada maklumat yang anda bekalkan. Tiger Airways berhak tetapi tidak berkewajipan untuk mengawasi dan mengedit atau mengeluarkan sebarang aktiviti atau akaun pengguna. Tiger Airways tidak bertanggungjawab dan tidak memikul liabiliti bagi sebarang kandungan yang dipaparkan oleh pengguna atau sebarang pihak ketiga.
Kembali ke atas
Huraian Produk
Tiger Airways dan gabungannya berusaha untuk setepat yang mungkin. Walau bagaimanapun, Tiger Airways tidak memberi waranti bahawa huraian produk atau kandungan lain dalam laman ini adalah tepat, lengkap, boleh dipercayai, terkini, atau tanpa ralat.
Kembali ke atas
Penetapan Harga
Kecuali jika terdapat nota yang sebaliknya, harga yang dipaparkan bagi produk pada laman web kami mewakili harga runcit terendah yang disediakan bagi produk itu sendiri pada waktu tersebut. Bagi item yang dijual oleh Tiger Airways, kami tidak boleh mengesahkan harga sesuatu item sehingga anda memesannya. Walau bagaimanapun, kami tidak mengecaj kad kredit anda sehingga akaun anda telah disahkan. Meskipun kami berusaha secara sebaik mungkin, masih ada kemungkinan yang item pada laman kami mungkin tersalah harga. Jika kami menemui salah penetapan harga, kami akan melakukan salah satu daripada berikut:
- Jika harga betul sesuatu item lebih rendah daripada harga yang dinyatakan, kami akan mengenakan harga yang lebih rendah.
- Jika harga betul sesuatu item lebih tinggi daripada harga yang dinyatakan, kami akan, menurut budi bicara kami sendiri, sama ada menghubungi anda untuk arahan atau membatalkan tempahan anda dan memaklumkan anda mengenai pembatalan tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa dasar ini hanya berkuat kuasa bagi produk yang dijual oleh Tiger Airways sahaja. Pembelian anda daripada penjual pihak ketiga yang menempah melalui Tiger Airways dicaj pada masa anda memesan, dan penjual pihak ketiga mungkin mengikuti dasar yang lain sekiranya berlaku tersalah harga sesuatu item.
Kembali ke atas
Lain-lain Perniagaan
Pihak selain dariapda Tiger Airways dan subsidiarinya menyediakan perkhidmatan, atau menjual barisan produk pada laman ini. Contohnya, zuji.com menawarkan Perkhidmatan Perjalanan dalam bahagian penginapan hotel yang dijenamakan bersama, dan perniagaan lain menawarkan produk dalam bahagian tempahan penerbangan. Di samping itu, kami menyediakan pautan ke laman syarikat gabungan dan perniagaan lain tertentu. Kami tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai, dan kami tidak memberi waranti atau menawarkan mana-mana perniagaan ini atau kandungan laman webnya. Tiger Airways tidak memikul sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas tindakan, produk, dan kandungan kesemua ini dan mana-mana pihak ketiga lain. Anda hendaklah menyemak semual pernyataan privasi mereka dengan teliti serta syarat penggunaan yang lain.
Kembali ke atas
Penafian Waranti dan Had Liabiliti
LAMAN INI DISEDIAKAN OLEH TIGER AIRWAYS BERDASARKAN "SEPERTI DIDATANGKAN" DAN "SEPERTI DISEDIAKAN" BASIS. TIGER AIRWAYS TIDAK MEMBUAT APA JUA JENIS REPRESENTASI ATAU WARANTI, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT MENGENAI PENGENDALIAN LAMAN INI ATAU MAKLUMAT, KANDUNGAN, BAHAN ATAU PRODUK YANG TERMASUK DALAM PRODUK INI. ANDA BERSETUJU SECARA JELAS BAHAWA PENGGUNAAN LAMAN INI OLEH ANDA ADALAH MENURUT RISIKO ANDA SENDIRI. SETAKAT YANG DIBOLEHKAN SEPENUHNYA OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA, TIGER AIRWAYS MENAFIKAN KESEMUA WARANTI, SAMA ADA NYATA MAHUPUN TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD PADA, WARANTI TERSIRAT BAGI KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIANNYA UNTUK TUJUAN TERTENTU. TIGERAIRWAYS.COM TIDAK MEMBERI WARANTI BAHAWA LAMAN INI, PELAYAN, ATAU E-MEL YANG DIHANTAR DARIPADA TIGER AIRWAYS BEBAS DARIPADA VIRUS ATAU KOMPONEN YANG MEMUDARATKAN. TIGER AIRWAYS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG GANTI RUGI DALAM APA JUA BENTUK YANG BERPUNCA DARIPADA PENGGUNAAN LAMAN INI, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD PADA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, PUNITIF DAN YANG TERHASIL. UNDANG-UNDANG NEGARA TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN HAD TERHADAP WARANTI TERSIRAT ATAU PENGECUALIAN ATAU HAD GANTI RUGI TERTENTU. JIKA UNDANG-UNDANG INI BERKUAT KUASA KE ATAS ANDA, SESETENGAH ATAU KESEMUA PENAFIAN, PENGECUALIAN, ATAU HAD DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKUAT KUASA BAGI ANDA, AN ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK TAMBAHAN.
Kembali ke atas
Undang-Undang Yang Berkuat Kuasa
Dengan mengunjungi Tiger Airways, anda bersetuju bahawa undang-undang Singapura, tanpa mengira prinsip konflik undang-undang, mentadbir Terma Penggunaan ini dan sebarang jenis pertikaian yang mungkin timbul di antara anda dan Tiger Airways atau gabungannya.
Kembali ke atas
Pertikaian
Sebarang pertikaian yang berkaitan dalam apa jua cara dengan kunjungan anda ke www.tigerairways.com atau dengan produk yang anda beli melalui www.tigerairways.com hendaklah diserahkan kepada proses penimbangtaraan sulit di Singapura, kecuali, setakat yang anda telah dalam apa cara pun melanggar atau mengancam untuk melanggar hak milik harta intelektual Tiger Airways, Tiger Airways boleh meminta relief injunksi atau relief lain yang sewajarnya di mana-mana mahkamah di Singapura, dan anda bersetuju kepada bidang kuasa dan tempat eksklusif dalam mahkamah tersebut. Penimbangtaraan di bawah perjanjian ini hendaklah dikendalikan dalam ruang lingkup peraturan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura yang berkuat kuasa. Award penimbang tara hendaklah mengikat dan boleh dimasukkan sebagai penghakiman dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa. Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang yang berkuat kuasa, penimbangtaraaan di bawah Perjanjian ini tidak boleh disatukan dengan penimbangtaraan yang melibatkan pihak lain tertakluk pada Perjanjian ini, sama ada melalui prosiding timbang tara kelas atau sebaliknya.
Kembali ke atas
Dasar Laman, Pengubahsuaian dan Pengasingan
Sila semak dasar kami yang lain yang dipaparkan pada laman ini. Dasar-dasar ini juga mentadbir kunjungan anda ke www.tigerairways.com. Kami berhak untuk membuat perubahan kepada laman, dasar, dan Terma Penggunaan kami pada bila-bila masa. Jika mana-mana terma ini disifatkan sebagai tidak sah, batal, atau atas sebarang sebab tidak boleh dikuatkuasakan, keadaan ini akan disifatkan sebagai boleh diasingkan dan tidak akan menjejaskan kesahan dan kebolehkuatkuasaan mana-mana syarat yang selebihnya.
Kembali ke atas
Alamat kami
Tiger Airways
Peti Surat 82
Singapura 918143
Singapura
http://www.tigerairways.com
Kembali ke atas